Search This Blog

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, March 6, 2014

Petua Kurangkan Batuk


Thursday, July 1, 2010

Fahami Kitar Haid

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri - ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

Friday, June 11, 2010

Superfoods - KURMA

1. Kurma

- Kurma mengelakkan penyakit
***** Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah
merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes.
***** Mempunyai serat yang tinggi
***** Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah
penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis.
***** Amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko
seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis
kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi
yang boleh menyihatkan sel darah merah.

- Menyembuhkan penyakit yang kronik
***** Kurma mengandungi protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. *****Jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh
mendatangkan kesan yang lebih serius.
***** Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia.
*****Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam
kerongkong sekali gus menghentikan batuk.

- Memudahkan proses bersalin
***** Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium
dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur
ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu. Kalsium dan kalium
yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan
darah tinggi.
***** Jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan memudahkan bersalin.
***** Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat.
***** Kurma juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok. Halini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar
denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.

Friday, February 12, 2010

Penyakit Jantung

Tanda-tanda Penyakit Jantung
  • Berpeluh
  • Sesak nafas
  • Loya
  • Tercungap-cungap apabila kepenatan
  • Degupan jantung Luar biasa
  • Sakit pada bahagian dada
  • Penyakit arteri koronari
  • Angin
  • Lemah jantung
  • Kematian mengejut
Faktor Utama Penyakit Jantung
  • Kadar kolesterol yang tinggi
  • Merokok
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Diabetes melitus
  • Sejarah keturunan keluarga
  • Kurang bersenam atau melakukan aktiviti fizikal
  • Tekanan
  • berlebihan berat badan
Kaedah Berkesan Ke arah Jantung Sihat
  1. Makan secara sihat. Kurangkan pengambilan lemak dan daging binatang. Tindakan ini menolong mengelak terjadinya pengerasan pada arteri iaitu salah satu punca tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok.
  2. Berhentilah merokok. Saranan kerajaan yang sering kita dengar tetapi tidak ramai yang mematuhinya. Sesiapa sahaja yang terdedah secara lansung dengan asap rokok, berisiko mendapat serangan jantung, apatah lagi bagi mereka yang merokok.
  3. Ringan-ringankan tulang untuk bersenam. Pelbagaikan bentuk senaman agar anda tidak bosan untuk bersenam setiap hari. Jadikan ia sebagai suatu amalan ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
  4. Kekalkan berat badan ideal. Berat badan berlebihan membebankan jantung, jadi cuba dapatkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian anda.
  5. Elakkan tekanan. Cuba belajar bertenang , beribadat, berehat sambil mendengar muzik, beriadah dan berfikiran positif akan membuat anda berasa sihat.
  6. Sekiranya anda mempunyai sejarah keturunan yang berpenyakit jantung, jalanilah ujian pemeriksaan tekanan darah secara berkala
Faktor Penyumbang

Menurut Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, pada dasarnya penyakit kardiovaskular berhubung kait dengan kerosakan yang terjadi pada sistem pembuluh darah, jantung ataupun kedua-duanya sekali. Kelainan pada pembuluh darah bermaksud penyempitan pada pembuluh darah nadi.

Di antara faktor penyumbang kepada risiko yang berkaitan dengan dengan kejadian penyakit kardiovaskular adalah seperti merokok, tekanan darah tinggi, pemakanan yang tidak baik atau berat badan berlebihan, kurang aktif atau tidak bersenam secara berkala dan tekanan.

Oleh itu, setiap individu disarankan agar mengamalkan cara hidup yang sihat agar dapat mencegah daripada terkena penyakit ini.

Jangan merokok sekiranya belum pernah merokok dan berhenti jika jika telah merokok.

Selain daripada itu, amalkan juga cara pemakanan yang sihat berdasarkan piramid makanan. Cuba capai dan kekalkan berat badan yang unggul menerusi kaedah pemakanan dan juga dengan cara melakukan senaman berkala ataupun mengamalkan budaya hidup aktif.

Akhir sekali, sentiasalah bersabar dan tenang dalam menjalani kehidupan bagi mengelakkan stres.




Monday, January 11, 2010

HIV tak sengaja??

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum
membacanya. .. Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif
seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen
Thai di mana pesakit HIV ditangkap &didakwa, tapi apa gunanya, beliau
telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila
berhati-hati ... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui
jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai
selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi
pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini
kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan
penagih.T erdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah
tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur &
kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang
terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa
sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan
nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' .
Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat
virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati ... .

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan
penyuntik di dalam tempat mengembali kan syiling, mesin air minuman...
jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul
tempa t mengembalikan wang syiling..................................... .mungkin terdapat jarum
penyuntik di dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan
sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad.
Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos
Order di tempat lain.

p/s: artikel ini telah di forward ke dalam email sye...

Blood Donation Facts

* Person above 18 years of age and over 45 Kgs. in weight can donate blood once in three months.

* A normal adult has five to six liters of blood in his/her body of which only 250ml is to 450ml used during blood donation.

* This blood is replaced by your body within 24 to 48 hours!

* No special diet, rest or medicine is required after blood donation.

* The donor should not have taken any medicine in the last 48 hours.

* The donor should not have contacted jaundice in the previous three years.

* Every donor is given a medical checkup prior to donation to see if he/she is medically fit and doesn't suffer from anemia, high blood pressure etc.,

* The donor cannot contract AIDS or any other disease by donating blood.

*Blood donaters are advice to drink a lot of water within 24hrs after donating.

Friday, July 31, 2009

Perbanyakkan Mandi

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.


Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.


Mengeluarkan racun:


Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk
sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.


Jangkitan kulit
: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit..


Selesema dan sakit kepala
: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.



Insomnia
: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Thursday, June 11, 2009

Kanser Payudara

Pengenalan

Perkataan kanser diambil dari bahasa latin "crab". Umumnya 1 billion sel kanser diperlukan untuk membentuk selonggok tisu kanser bersaiz 1 diameter dan berat 1 gram. Oleh itu, kanser adalah sukar dan lewat dikesan melalui teknik pengimejan.

Menurut Laporan Daftar Kanser Kebangsaan ‘National Cancer Registry’ 2002:

* Terdapat lebih dari 26,000 kes baru kanser dikesan di Semenanjung Malaysia.
* Wanita Malaysia mempunyai insiden kanser lebih tinggi (55 peratus berbanding 45 peratus) daripada lelaki.
* 1 dalam 5.5 warga Malaysia dijangka mendapat kanser sepanjang hayatnya (1 dalam 4 orang bagi kaum Cina, 1 dalam 5 orang bagi kaum India dan 1 dalam 7 orang bagi kaum Melayu).


Kanser yang biasa di Malaysia ialah:

* Di kalangan lelaki- Kanser paru-paru tinggi di kalangan lelaki yang merokok diikuti kanser hidung (nasopharyngeal canser)
* Di kalangan wanita- Kanser payudara adalah tinggi diikuti dengan kanser pangkal rahim.
* Kanser usus - kadar insiden meningkat pada kedua-dua jantina.

Apa itu Kanser Payudara?

Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita adalah berisiko. Berbanding 1 dalam 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat. Kanser payudara bermula dari sel payudara. Kanser payudara adalah biasa pada wanita dan hanya 1% lelaki mendapat kanser ini. Payudara wanita adalah terdiri dari sel-sel kelenjar lobul yang menghasilkan susu (lobulas), saluran yang bawa susu ke bahagian puting, lemak dan tisu pengantara, saluran darah dan limfa. Kebanyakan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer), sebahagian lain bermula pada kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula dari tisu-tisu lain.

Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.

Jenis-jenis kanser payudara

o Kanser setempat 'Carcinoma in situ' : Istilah ini merujuk kepada kanser peringkat awal dan masih berada di tempat ia bermula iaitu terhad di saluran atau kelenjar susu payudara.
o Kanser saluranan 'Ductal carcinoma in situ' (DCIS): Ia adalah jenis kanser payudara yang tidak merebak (noninvasive) dan berada di sekitar saluranan susu payudara.
o Kanser lobular (Lobular carcinoma in sit) (LCIS): Keadaan ini bermula di kelenjar susu dan tidak melepasi dindingnya.
o Kanser saluran merebak (Invasive (infiltrating) ductal carcinoma) (IDC): Merupakan kanser payudara yang paling biasa. Bermula pada saluran susu, melepasi dinding saluran dan merebak ke tisu payudara lain.
o Kanser lobul merebak (Invasive (infiltrating) lobular carcinoma (ILC)): Kanser ini bermula pada kelenjar susu. Ia boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Tanda dan Gejala

Penyebab Kanser Payudara.Beberapa faktor dikenalpasti menyumbang kepada kanser payudara. Faktor risiko meningkatkan kemungkinan seseorang untuk mendapat penyakit.

Faktor risiko terbahagi kepada 2 kategori :

Faktor Risiko tidak boleh di kawal :

* Umur-Semakin berumur semakin tinggi kemungkinan mendapatnya. Wanita berumur 50 tahun ke atas mempunyai 8-10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser berbanding umur muda.
* Wanita mempunyai 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki.
* Sejarah keluarga- sekiranya anda ada sejarah keluarga kanser payudara, anda adalah berisiko tinggi. 4.
* Sejarah lalu kanser payudara- sekiranya anda telah didiagnosa kanser payudara waktu dulu, anda lebih berisiko mendapat kanser payudara sekarang.
* Tempoh haid- lebih awal datang haid yang pertama, anda berisiko mendapatnya semasa anda telah berumur.
* Faktor keturunan- 5%-10% berkaitan dengan mutasi gen. Gen BRCA1 dan BRCA2 adalah gen utama ( 80% dari semua gen).

Faktor Risiko Boleh di Kawal:

* Penyusuan- wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
* Alkohol- wanita mengambil minuman beralkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi dari wanita yang tidak mengambil alcohol 2.5 gbs.
* Senaman- wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Kajian menunjukkan senaman 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu adalah mencukupi.

Gejala-Gejala Kanser Payudara

* Tanda paling biasa kanser payudara ialah ketulan atau bengkakkan.
* Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar kanser. Ada juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat. Oleh itu sangat penting berjumpa doktor segera apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara.

Tanda-tanda lain kanser payudara seperti berikut:
* Bengkak pada sebahagian payudara
* Kulit jadi berkedut seperti kulit limau
* Puting masuk ke dalam atau sakit
* Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
* Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu.
* Ketulan pada bahagian ketiak

Bagaimana kanser payudara dikesan?

o Pemeriksaan sendiri payudara (PSP)- wanita patut melakukan PSP secara berkala bermula dari umur 20 tahun. Belajarlah dari jururawat anda dan sekiranya ada ketulan dikesan, jumpa doktor segera.
o Mamogram- Mammogram ialah ujian x-ray payudara. Pemeriksaan ini dibuat kepada wanita yang tiada masalah tetapi berisiko. Pemeriksaan bagi wanita yang ada tanda atau masalah payudara juga akan dilakukan. Semasa ujian mammogram, payudara ditekan antara 2 keping plet dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Kadar radiasi x-ray adalah rendah dan tidak meningkatkan risiko kanser payudara.
o (Pengambilan tisu dari payudara (biopsi). Semasa ujian ini, sel dari kawasan yang disyaki diambil dan duji di makmal.

Tahap Kanser Payudara

Pengkelasan tahap kanser payudara penting untuk memastikan sama ada pesakit boleh sembuh sepenuhnya pada peringkat awal atau sebaliknya:
o Tahap 0 - Kanser setempat (Cancer in Situ)
o Tahap I - Kanser kurang dari 2 cm.
o Tahap II - Kanser 2 hingga 5 cm tanpa atau dengan bengkakan kelenjar di ketiak
o Tahap III - Kanser besar dari 5 cm atau penglibatan kelenjar ketiak yang banyak
o Tahap IV - Kanser telah merebak ke luar payudara dan melibatkan organ lain dalam tubuh
o Tahap I & II - adalah awal dan boleh disembuhkan.
o Tahap IV - tidak boleh disembuh

Rawatan

Wanita yang dikesan kanser payudara diberi rawatan selepas dibuat penilaian lengkap oleh doktor. Sebahagian pesakit akan dibedah sebelum diberi rawatan kemoterapi (adjuvant chemotherapy). Sekiranya pakar bedah memutuskan untuk mengecilkan saiz kanser sebelum pembedahan, rawatan kemoterapi atau radioterapi akan diberi terlebih dahulu.

Jenis Pembedahan-tujuan pembedahan ialah untuk membuang tisu kanser payudara

o Pembuangan ketulan kanser pada payudara (lumpectomy). Merupakan terapi konservatif, tisu normal tidak dibuang.
o Pembuangan sebahagian payudara (Partial (segmental mastectomy)’ (mas-tek-tuh-me) : Pembedahan ini melibatkan pembuangan lebih tisu payudara berbanding dengan (lumpectomy). Ia biasanya diikuti dengan radioterapi.
o Pembuangan sebahagian atau seluruh payudara (simple or total mastectomy): Dalam pembedahan ini, keseluruhan payudara yang terlibat dibuang, tetapi kelenjar limfa di ketiak dan otot-otot di bawah payudara tidak dibuang.
o Pembuangan payudara radikal diubahsuai (Modified radical mastectomy). Pembedahan ini melibatkan pembuangan seluruh payudara yang terlibat dan sebahagian kelenjar limfa di ketiak.
o Pembuangan payudara radikal (Radical mastectomy). Pembuangan seluruh payudara, yang terlibat kelenjar limfa dan otot-otot bahagian bawah payudara.
o Pembedahan bahagian ketiak (Axillary dissection). Pembedahan ini dilakukan untuk memastikan sama ada kanser payudara telah merebak ke kelenjar limfa di ketiak atau tidak. Sebahagian kelenjar akan dikeluarkan dan diperiksa dibawah mikroskop.

Kimoterapi

Kimoterapi bertindak sebagai ubat pembunuh sel kanser yang diberi melalui salur darah atau secara pil memakan. Ubat kimoterapi memasuki salur darah ke seluruh badan. Sekiranya kimoterapi diberi selepas pembedahan ia dapat kurangkan kemungkinan kanser berulang. Kimoterapi juga merupakan rawatan utama yang diberi bila kanser telah merebak menjangkaui luar payudara dan di kawasan ketiak atau rebakan meluas selepas rawatan pertama.

Kimoterapi juga diberi sebelum pembedahan, biasanya untuk mengecilkan saiz bengkakan dan mudah dibuang. Kimoterapi diberi dalam beberapa kitaran, setiap kitaran diikuti dengan tempoh rehat. Jumlah kitaran rawatan biasanya sehingga 3 – 6 bulan. Biasanya kombinasi beberapa ubat diberi.

Kesan sampingan kimoterapi bergantung kepada jenis, jumlah dan tempoh ubat-ubat diberi:

o Sangat letih kerana kekurangan sel darah merah
o Loya dan muntah
o Hilang selera makan
o Rambut gugur
o Kudis mulut
o Perubahan kitaran haid (mungkin berkekalan)
o Risiko jangkitan meningkat kerana kekurangan sel darah putih
o Lebam atau pendarahan dari luka kecil disebabkan oleh kekurangan sel pembeku darah

Terapi Radiasi

Rawatan ini melibatkan penggunaan pancaran bertenaga tinggi (seperti x-ray) untuk membunuh atau mengecut sel-sel kanser. Radiasi mungkin dari luar badan (radiasi luaran) atau dari bahan radioaktif yang diletakkan pada ketumbuhan (brachytherapy). Rawatan ini digunakan untuk memusnahkan sel kanser yang masih tertinggal di dalam payudara, dinding dada atau bahagian ketiak selepas pembedahan. Kadang-kadang ianya digunakan untuk mengurangkan saiz ketumbuhan sebelum pembedahan.

Setiap rawatan mengambil masa beberapa minit. Rawatan ini biasanya diberi 5 hari seminggu sebagai pesakit luar, untuk selama 6 atau 7 minggu

Sukar Tidur atau Insomnia

Tidur merupakan aktiviti paling penting untuk merehatkan minda. Fungsi tidur ialah memberi peluang kepada badan untuk berehat, memudahkan proses membina semula tenaga, mengukuhkan daya intelek dan meningkatkan ketahanan sistem imunisasi. Tidur yang cukup menunjukkan seseorang akan berasa lebih bertenaga ketika bangun pagi. Tempoh masa tidur bagi seseorang bergantung kepada individu tersebut. Fisiologi tidur berubah apabila umur seseorang meningkat.

Namun begitu, sesetengah individu mungkin pernah mengalami kesukaran untuk tidur. Insomnia ialah satu keadaan di mana seseorang berasa sukar untuk tidur dengan nyenyak atau berasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur lama. Pesakit insomnia akan menjadi kurang aktif dan kurang bertenaga pada siang hari. Imsomnia boleh dikelaskan kepada insomnia sementara, jangka pendek atau kronik bergantung kepada berapa lama tidur itu terganggu.

Tanda-tanda dan gejala insomnia :

* Sukar untuk tidur
* Terjaga beberapa kali di waktu malam dan mempunyai masalah untuk tidur semula
* Bangun terlalu awal di waktu pagi
* Terasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari

Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya insomnia :

* Tekanan (mungkin masalah kewangan atau masalah kerja)
* Pergaduhan suami isteri
* Penceraian
* Kehilangan orang yang dikasihi
* Berpindah ke tempat baru
* Kekurangan zat makanan
* Sakit
* Masa tidur yang tidak teratur

Cara mengatasi insomnia :

* Elakkan meminum minuman berolkohol atau merokok
* Elakkan tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh
* Elakkan membawa masalah ke tempat tidur
* Jangan memaksa diri untuk tidur
* Amalkan mandi menggunakan air suam
* Cuba membaca buku yang membosankan atau bahan bacaan ringan seperti majalah
* Dengar muzik yang boleh menenangkan fikiran
* Bangun pagi pada waktu yang lebih kurang sama tanpa mengira waktu anda tidur
* Semak semula preskripsi dan ubat-ubatan yang anda ambil dengan ahli farmasi anda

Tuesday, June 9, 2009

Barah Pangkal Rahim

Gejala
Perubahan prabarah dan peringkat awal barah pangkal rahim biasanya tidak merasa sakit atau menampakkan gejala lain. Oleh itu, penting untuk menjalani ujian Pap dengan kerap untuk mengesan prabarah serviks pada peringkat awal untuk rawatan yang paling awal.

Apabila penyakit barah serviks berkembang, wanita boleh memerhatikan satu atau beberapa gejala yang berikut :

1. Pendarahan yang abnormal daripada vagina:

* Pendarahan yang berlaku antara haid.
* Pendarahan selepas bersetubuh, menggunakan douche atau pemeriksaan pelvis.
* Haid yang lebih lama dan lebih banyak daripada selalu.
* Pendarahan selepas menopaus.

2. Lelehan yang banyak daripada vagina.

3. Rasa sakit pada bahagian pelvis.

4. Rasa sakit ketika bersetubuh.

Antara yang boleh dilakukan bagi mencegah barah pangkal rahim :

* Mempraktikkan tabiat seks yang sihat.
* Berhenti rokok.
* Menjalani ujian pemeriksaan Pap Smear.

Mengenai Ujian Pap Smear:

Berapa kerapkah ujian pap smear perlu diulang?

* Sekiranya ujian pertama didapati normal, ulangi pap smear pada tahun berikutnya.
* Jika ujian kedua juga didapati normal, anda bolehlah mengulanginya setiap tiga tahun sekali.

Siapakah yang harus menjalani ujian pap smear?

* Setiap wanita yang pernah mengadakan hubungan seks perlu menjalani ujian ini.

Siapakah wanita yang tidak perlu menjalani ujian pap smear?

* Wanita yang tidak pernah mengadakan hubungan seks
* Wanita yang telah menjalani pembedahan membuang rahim (histerekomi) yang disebabkan oleh masalah bukan barah contohnya, fibriod, endometriosis, DUB dan lain-lain kecuali CIN.
* Usia lebih 65 tahun dengan syarat ujian pap smear sebelumnya adalah normal.

5 Signs You’re Healthier Than You Think

Instead of focusing on what is wrong with your body, discover reasons why you are a lot healthier than you may realize. These five signs indicate that you are a healthy person.

1. You have several cups of coffee each day. A recent Swedish study found that people who drink 3 to 5 cups of coffee daily at midlife are less likely to develop dementia and Alzheimer’s later on.

2. You say "thanks." A new study reveals that expressing gratitude may be the key to happiness and overall well-being.

3. You laugh a lot. Research has shown that laughter expands blood vessels and might even lower your heart attack risk.

4. You tidy up your house. Just 20 minutes of sweeping, scrubbing and doing other household chores can boost your mood, not to mention burn calories.

5. You surf the Internet. UCLA research shows that it stimulates brain activity.

Amalkan cara Hidup sihat

Kunci untuk sihat sepanjang hayat

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:

* Makan secara sihat
* Tidak merokok
* Lakukan aktiviti fizikal
* Belajar menangani stres

Faedah cara hidup sihat:

* Meningkatkan status kesihatan anda
* Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.
* Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
* Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.

Makan Secara Sihat

* Nikmati pelbagai jenis makanan
* Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
* Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
* Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.

Tidak Merokok

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).

Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:

* Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
* Yakinkan diri
* Buat nota peringatan
* Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
* Tumpukan pada hari ini
* Sentiasa berfikiran positif
* Dapatkan sokongan
* Lawan keinginan untuk merokok
* Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
* Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:

Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

o Melengahkan-lengah
o Minum banyak air
o Menarik nafas panjang
o Membuat sesuatu
o Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
o Mengunyah sesuatu
o Membasuh tangan
o Mandi dengan kerap
o Melakukan senaman regangan
o Memohon doa

Lakukan Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan.

Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.

* Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari; tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
* Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda

Tangani Stres

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.

Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:

* Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
* Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
* Kenal pasti kenapa anda marah
* Cuba dengar penjelasan orang lain
* Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
* Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
* Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:

* Berfikir secara positif
* Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
* Belajar menyukai diri sendiri
* Belajar bertenang
* Adakan hobi
* Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
* Dapatkan tidur yang cukup
* Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
* Bersifat tegas/asertif
* Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

Tuesday, May 26, 2009

Diet Rasullullah S.A.W

JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN

* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya..... cubalah...............

Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
* Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
o Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan antara lain:
o Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
o Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
o Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
o Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam

Thursday, May 14, 2009

Leptospirosis

Pengenalan

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Faktor risiko

• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Tanda dan Gejala

Gejala :
1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3.. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

Tanda dan ujian makmal
1. Ujian sel darah putih (WBC).
2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Komplikasi

Harapan(Expectation s)(prognosis)
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:
• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis) .
• Perdarahan yang teruk.
• Respiratory (distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang

Rawatan
Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan
Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Tuesday, May 12, 2009

Tips memekatkan air mani

Memang tidak dapat dinafikan, lebih banyak air mani yang dipancutkan dalam kemaluan wanita akan memberikan lebih kepuasan kepada wanita tersebut. Begitu juga jikalau air mani yang dipancutkan itu lebih pekat dan likat.

Dari segi perubatan pula, tahukah iena memiliki air mani dalam kuantiti yang banyak adalah tanda sistem reproduksi yang sihat. Di sini ada beberapa tips untuk meningkatkan jumlah dan mutu air mani anda.

1. Berhenti Merokok
Berita buruk kepada perokok-perokok aktif. Merokok mempengaruhi jumlah air mani. Kajian menunjukkan perokok memiliki jumlah air mani yang sedikit berbanding mereka yang tidak merokok.

2. Jauhkan seluar ketat atau air panas
Suhu pada testis akan mempengaruhi sistem reproduksi anda. Pastikan testis berada pada suhu yang sejuk berbanding bahagian tubuh yang lain. Seluar atau pakaian dalam yang ketat akan meningkatkan suhu pada bahagian testis dan ini adalah tidak disyorkan.

3. Teknik Pemakanan yang Sihat
Percaya atau tidak, apa yang anda makan akan mempengaruhi produksi air mani. Makan lah makanan yang berkhasiat dan yang berprotien tinggi.

4. Kurangkan Hubungan Seks, Elakkan Melancap atau Masturbasi
Air mani anda akan berkurangan setiap kali ejakulasi berlaku. Begitu juga kepadatan air mani anda akan berkurangan. Kurangkan hubungan seks dan elakkan sama sekali melancap atau masturbasi.

5. Elakkan Alkohol
Alkohol dapat mempengaruhi fungsi yang meningkatkan tahap estrogen. Jumlah estrogen yang tinggi pada tubuh akan mempengaruhi pengeluaran air mani. Hentikan pengambilan alkohol jika anda sayangkan air mani anda dan tidak mahu kehilangan air mani.

6. Makanan-makanan yang dapat meningkatkan air mani
Asid Amino L-Carnitine yang terdapat dalam daging merah dan susu telah terbukti dapat meningkatkan kelikatan dan kepadatan air mani. Begitu juga L-Arginine yang terdapat dalam kacang, telur dan daging. Amalkan memakan makanan-makanan yang dapat meningkatkan kelikatan air mani.

Ingat, air mani yang banyak dan likat yang dipancutkan dalam kemaluan pasangan anda pasti akan dapat memberikan lebih kenikmatan kepada pasangan anda.

Banyak lagi info yang menarik yang boleh anda dapati...
sila klik atau layari http://www.rahsiamalampertama.com/index.php?ref=ienafazlyna