Search This Blog

Wednesday, February 16, 2011

Punca Isteri Hilang Hormat Pada Suami

1. Tingkah laku suami

Antaranya rasa hormat terhadap pasangan sebenarnya boleh hilang gara-gara tingkah laku suami tidak sesuai dengan keinginan isteri. Mungkin kerana isteri menganggap suami telah melanggar prinsip-prinsip yang selama ini dipegang teguh. Ia mungkin boleh jadi hanya disebabkan perkara yang kecil sahaja, namun kerana telah melanggar prinsip, maka rasa hormat makin kurang terutama jika ia dilakukan berkali-kali.

Sebagai contoh, suami sering kali tidak menepati janji ataupun terlalu kerap berbohong. Tindakan yang sama dan asyik diulang-ulang akan menyebabkan seorang isteri hilang kesabaran dan benih-benih tidak hormat mula terbit dalam hatinya. Ditambah pula dengan godaan syaitan yang tidak pernah berhenti mencari jalan untuk memporak-perandakan perhubungan suami isteri, isteri mula termakan hasutan syaitan.

2. Standard tidak realistik

Penyebab lain lunturnya sikap hormat terhadap suami adalah kerana kecenderungan isteri menilai suami pada standard yang tidak realistik. Sebagai contoh, si isteri membandingkan suaminya dengan tokoh lelaki yang dihormatinya. Mereka mengharapkan si suami berkelakuan seperti tokoh ataupun idolanya tanpa menyedari bahawa suaminya adalah seorang insan yang cukup berbeza daripada apa yang diharapkannya. Inilah yang boleh menyebabkan punca berlakunya pertengkaran. Mereka bertengkar kerana suami tidak berkelakuan seperti yang diharapkan.

3. Tidak menghargai isteri

Selain itu, sikap suami yang tidak menghargai isteri juga boleh menjadi punca isteri hilang rasa hormat. Sebagai contoh, suami tidak menghargai susah payah isteri bekerja mencari pendapatan lebih untuk keluarga. Malah suami memandang remeh tentang kerja yang dilakukan oleh isterinya.

Keadaan sebegini lama kelamaan boleh menyimpan rasa sakit hati kerana suami tidak menghargai apa yang dilakukan oleh isteri. Perasaan marah dan sakit hati akan menciptakan suasana yang sangat tidak menyenangkan dalam perkahwinan. Apa yang dilakukan oleh suami akan dilihat tidak bererti lagi. Pada tahap ini, sikap saling menghargai sudah mula luntur dengan cepat sehingga membahayakan semua struktur perkahwinan.

Petanda

Ada beberapa petanda yang boleh memberi petunjuk bahawa rasa hormat terhadap pasangan sudah mula pudar. Petunjuk itu antaranya adalah :

* Seorang isteri mula memperkatakan kekurangan suami di depan rakan-rakan anda. Hati-hati kerana itulah tanda awal yang paling mudah dikenali.
* Sering berjenaka atau mengeluarkan sindiran yang sinis lagi tajam terhadap suami.
* Mula bersikap kasar terhadap suami, seriring dengan yang mulai hilang, isteri juga jadi malas untuk bersikap lembut, manis dan sensitif terhadap suami.
* Cara isteri mendengar cerita dan keluh kesah suami mula berubah. Ada empat tahap mendengar iaitu mendengar bersungguh-sungguh, memberi tidak balas, mendengar sepintas lalu dan akhir sekali tidak peduli. Jika anda sudah enggan mendengar cerita suami, maka tahap tidak hormat anda pada suami memang sudah terlalu tinggi.

Sumber : Email forwarding

No comments: