Search This Blog

Friday, February 12, 2010

Penyakit Jantung

Tanda-tanda Penyakit Jantung
  • Berpeluh
  • Sesak nafas
  • Loya
  • Tercungap-cungap apabila kepenatan
  • Degupan jantung Luar biasa
  • Sakit pada bahagian dada
  • Penyakit arteri koronari
  • Angin
  • Lemah jantung
  • Kematian mengejut
Faktor Utama Penyakit Jantung
  • Kadar kolesterol yang tinggi
  • Merokok
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Diabetes melitus
  • Sejarah keturunan keluarga
  • Kurang bersenam atau melakukan aktiviti fizikal
  • Tekanan
  • berlebihan berat badan
Kaedah Berkesan Ke arah Jantung Sihat
  1. Makan secara sihat. Kurangkan pengambilan lemak dan daging binatang. Tindakan ini menolong mengelak terjadinya pengerasan pada arteri iaitu salah satu punca tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok.
  2. Berhentilah merokok. Saranan kerajaan yang sering kita dengar tetapi tidak ramai yang mematuhinya. Sesiapa sahaja yang terdedah secara lansung dengan asap rokok, berisiko mendapat serangan jantung, apatah lagi bagi mereka yang merokok.
  3. Ringan-ringankan tulang untuk bersenam. Pelbagaikan bentuk senaman agar anda tidak bosan untuk bersenam setiap hari. Jadikan ia sebagai suatu amalan ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
  4. Kekalkan berat badan ideal. Berat badan berlebihan membebankan jantung, jadi cuba dapatkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian anda.
  5. Elakkan tekanan. Cuba belajar bertenang , beribadat, berehat sambil mendengar muzik, beriadah dan berfikiran positif akan membuat anda berasa sihat.
  6. Sekiranya anda mempunyai sejarah keturunan yang berpenyakit jantung, jalanilah ujian pemeriksaan tekanan darah secara berkala
Faktor Penyumbang

Menurut Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, pada dasarnya penyakit kardiovaskular berhubung kait dengan kerosakan yang terjadi pada sistem pembuluh darah, jantung ataupun kedua-duanya sekali. Kelainan pada pembuluh darah bermaksud penyempitan pada pembuluh darah nadi.

Di antara faktor penyumbang kepada risiko yang berkaitan dengan dengan kejadian penyakit kardiovaskular adalah seperti merokok, tekanan darah tinggi, pemakanan yang tidak baik atau berat badan berlebihan, kurang aktif atau tidak bersenam secara berkala dan tekanan.

Oleh itu, setiap individu disarankan agar mengamalkan cara hidup yang sihat agar dapat mencegah daripada terkena penyakit ini.

Jangan merokok sekiranya belum pernah merokok dan berhenti jika jika telah merokok.

Selain daripada itu, amalkan juga cara pemakanan yang sihat berdasarkan piramid makanan. Cuba capai dan kekalkan berat badan yang unggul menerusi kaedah pemakanan dan juga dengan cara melakukan senaman berkala ataupun mengamalkan budaya hidup aktif.

Akhir sekali, sentiasalah bersabar dan tenang dalam menjalani kehidupan bagi mengelakkan stres.




No comments: