Note : Hanya ingin berkongsi sebuah artikel yang ditelah dikongsi oleh seorang akan di facebook.
Satu perkara yang memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.
Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.
Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.
Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri.
Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara
keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri.
Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.
Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah.
Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai. Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri.
Suami pula, mula pasang strategi nak tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya.
Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan.
Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata hanya apabila wujud insan ketiga. Ini yang terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak tergadah.
Semua post dan artikel di dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber.Sekadar perkongsian.
Search This Blog
Wednesday, April 13, 2011
Friday, April 8, 2011
10 Tempat Paling Sesak
Kolam Renang Berombak Paling Sesak – Tokyo Summerland, Jepun
Kawasan Paling Sesak – Mongkok, China
Menurut Guinnes World Records, kawasan Mongkok mempunyai kepadatan populasi tertinggi di dunia, iaitu 130,000 orang per kilometer persegi. Mongkok ialah kawasan komersial/tempat tinggal yang terletak di tengah Kowloon. Karakter Cina bagi Mongkok bermaksud ‘sudut sibuk’Stadium Bola Sepak Paling Sesak – Rio de Janeiro, Brazil (Maracana Stadium)
Laluan Paling Sesak – Shibuya, Jepun
Dengan 2.5 juta orang berada di sini setiap hari, tidak hairanlah Shibuya menjadi laluan paling sibuk di dunia. Tidak kira ke mana anda pergi, bila-bila masa, ia tetap sibuk.Penjara Paling Sesak – Kresty Prison, St. Petersburg, Rusia
Kapasiti penjara ini sepatutnya hanyalah 3,000 banduan tetapi jumlah sebenar di dalamnya ialah 10,000 orang. Setiap banduan hanya mempunyai ruang seluas 4 meter persegi dan masa selama 15 minit setiap minggu untuk mandi. Penjara ini telah dipindahkan di Daerah Kolpinsky dan bangunan lama penjara telah dilelong. Bangunan penjara ini akan dijadikan kompleks hiburan dan hotel.Keretapi Paling Sesak – India
Pantai Paling Sesak – Pantai Qingdao Huiquan, China
Merupakan pantai berpasir paling besar di Asia, pantai ini terletak di Huiquan Bay di Qingdao, Wilayah Shandong. Ia terkenal dengan air yang jernih, ombak yang tidak begitu kuat dan pasir lembut. Pada musim sejuk, pantai ini turut dikunjungi oleh mereka yang gemar berenang.Stesyen Subway Paling Sesak – Moscow, Rusia
Negara Paling Sesak Di Eropah – England
Jumlah penduduk di England telah mengalahkan populasi kepadatan di Belanda yang sebelum ini terkenal sebagai negara paling berkepadatan tinggi di benua Eropah. Jumlah ini disumbangkan oleh peningkatan orang asing di sana, menjadikan kepadatan 395 orang per kilometer persegi.Sumber Maklumat : Email forwarding
Sumber Gambar : Google
Subscribe to:
Posts (Atom)