Search This Blog

Monday, January 11, 2010

Lelaki & Wanita

Bila gambar keluarga terletak di atas meja lelaki,
Ah...bagusnya lelaki ni, org yg bertanggungjawab.
Bila gambar keluarga terletak di atas meja wanita,
Emm...perempuan ini mesti jenis yg pentingkan keluarga sebelum kerjaya.

Bile meja lelaki bersepah2,
Dia ni memang rajin bekerja dan merupakan org yg sibuk.
Bila meja wanita bersepah2,
Perempuan ni memang jenis tidak tau kebersihan dan keadaannya tunggang-langgang.

Bila lelaki sedang bercakap dgn rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah berbincang mengenai perjanjian dgn syarikat Dodol Sdn. Bhd.
Bila wanita yg sedang bercakap dgn rakan sepejabat,
Mesti dia tu tengah mengumpat dan bergosip.

Bila lelaki tidak berada di mejanya,
Mesti dia tu tengah pergi meeting.
Bila wanita tidak berada di mejanya,
Mesti di berada kat dalam tandas tengah bersolek.

Bila lelaki tidak berada di pejabatnya,
Mesti dia pergi berjumpa dgn customer dan clientnya.
Bila wanita tidak berada di pejabatnya,
Mesti dia pergi keluar bershopping.

Bila lelaki makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mungkin akan dapat naik pangkat nanti.
Bila wanita makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mempunyai hubungan sulit dgn BOSS.

Bila BOSS mengkritik lelaki,
Selepas ini dia mesti akan berusaha meningkatkan pencapaiannya.
Bila BOSS mengkritik wanita,
Selepas ini mesti dia merajuk.

Bila BOSS bersikap tidak adil kepada lelaki,
Adakah dia marah?
Bila BOSS bersikap tidak adil kepada wanita,
Adakah dia menangis?

Bila lelaki akan berkahwin,
Dia akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini.
Bila wanita akan berkahwin,
Dia akan mengandung, beranak dan akhirnya dpt cuti panjang.

Bila lelaki mempunyai anak,
Nampaknya di memerlukan bonus atau kenaikan pangkat.
Bila wanita mempunyai anak,
Nampaknya dia akan membebankan wang syarikat dgn faedah cuti bersalinnya.

Bila lelaki keluar untuk urusan perniagaan,
Bagus juga dia keluar kerana ia bagus untuk membina kerjaya.
Bila wanita keluar untuk urusan perniagaan,
Apa suaminya akan kata kelak?

Bila lelaki berhenti kerja kerana mendapat kerja baru,
Nampaknya dia mengenali yang mana satu memberi kelebihan kepadanya.
Bila wanita berhenti kerja kerana mendapatkan pekerjaan baru,
Wanita memang tak boleh diharap langsung dan tidak tetap pendirian.

p/s: hurm..macam2..hehehehehhe