Search This Blog

Saturday, February 6, 2010

Taman Botani, Putrajaya

Taman Botani Putrajaya telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 4 Februari 2003. Taman ini terletak di Presint 1, Putrajaya dalam lingkaran Persiaran Sultan Salahudin Abd. Aziz Shah.

Taman nie mempunyai lebih dari 700 spesies pokok2 berbunga dan landskpa daripada 90 buah negara tropika yang terdiri dari 3 koleksi utama iaitu Amerika Tropika, Afrika & Asia Pasifik.

Taman ini dibahagikan kepada 4 zon utama iaitu
  • Laluan Jelajah
  • Taman Flora
  • Persisiran Tasik
  • Bukit Palma.
Dan setiap zon terbahagi kepada pelbagai koleksi seperti
  • Titian Kanopi
  • Denai Helikonia
  • Taman Pepanjat
  • Taman Suria
  • Titian Tasik
  • Sigai Seri
  • Koleksi Taman Afrika
  • Koleksi Tanaman Amerika Tropika
  • Terowong Bunga Kertas
  • Teduhan Ara
  • Koleksi Tanaman Asia Pasifik
  • Laluan Bunga Raya
  • Laluan Pandanus
  • Laluan Kana
  • Taman Paku Pakis
Antara perkhidmatan yang disediakan ialah :

* Pusat Interprentif Pelawat
* Lawatan Berpandu
* Astaka Morocco-mempamerkan senibina Maghribi dan Sepanyol yang halus.
* Perkhidmatan Trem
* Sewaan Basikal
* Sewaan Bot Kayuh
* Kedai Cenderahati

Waktu Operasi:
Pusat Pelawat : Isnin hingga Jumaat :9.00 pagi hingga 6.00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Umum: 9.00 pagi hingga 7.00 petang
Taman: 7.00 pagi hingga 7.00 petang
Untuk maklumat lanjut tentang sewa perkhidmatan & kemudahan sila layari Taman Botani

 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
 

No comments: