Search This Blog

Friday, June 11, 2010

Superfoods - KURMA

1. Kurma

- Kurma mengelakkan penyakit
***** Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah
merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes.
***** Mempunyai serat yang tinggi
***** Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah
penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis.
***** Amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko
seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis
kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi
yang boleh menyihatkan sel darah merah.

- Menyembuhkan penyakit yang kronik
***** Kurma mengandungi protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. *****Jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh
mendatangkan kesan yang lebih serius.
***** Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia.
*****Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam
kerongkong sekali gus menghentikan batuk.

- Memudahkan proses bersalin
***** Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium
dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur
ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu. Kalsium dan kalium
yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan
darah tinggi.
***** Jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan memudahkan bersalin.
***** Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat.
***** Kurma juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok. Halini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar
denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.

1 comment:

kabakoga said...

yang penting skali kurma ni memang besss!!