Search This Blog

Friday, April 8, 2011

10 Tempat Paling Sesak

Kolam Renang Berombak Paling Sesak – Tokyo Summerland, Jepun


Kawasan Paling Sesak – Mongkok, China
Menurut Guinnes World Records, kawasan Mongkok mempunyai kepadatan populasi tertinggi di dunia, iaitu 130,000 orang per kilometer persegi. Mongkok ialah kawasan komersial/tempat tinggal yang terletak di tengah Kowloon. Karakter Cina bagi Mongkok bermaksud ‘sudut sibuk’


Stadium Bola Sepak Paling Sesak – Rio de Janeiro, Brazil (Maracana Stadium)

Stadium terbuka Maracana, secara rasmi dikenali sebagai Estadio Jornalista Mario Filho di Rio de Janeiro, Brazil, dibuka pada 1950 bagi Piala Dunia FIFA. Semasa perlawanan akhir kejohanan ini, dalam perlawanan yang dikenali sebagai Maracanazo, rekod dunia bagi jumlah penonton telah dicatatkan dalam permainan bola sepak: iaitu sejumlah 199,854 orang, dengan anggaran penonton seramai 210,000 orang.


Laluan Paling Sesak – Shibuya, Jepun
Dengan 2.5 juta orang berada di sini setiap hari, tidak hairanlah Shibuya menjadi laluan paling sibuk di dunia. Tidak kira ke mana anda pergi, bila-bila masa, ia tetap sibuk.


Penjara Paling Sesak – Kresty Prison, St. Petersburg, Rusia
Kapasiti penjara ini sepatutnya hanyalah 3,000 banduan tetapi jumlah sebenar di dalamnya ialah 10,000 orang. Setiap banduan hanya mempunyai ruang seluas 4 meter persegi dan masa selama 15 minit setiap minggu untuk mandi. Penjara ini telah dipindahkan di Daerah Kolpinsky dan bangunan lama penjara telah dilelong. Bangunan penjara ini akan dijadikan kompleks hiburan dan hotel.


Keretapi Paling Sesak – India


Pantai Paling Sesak – Pantai Qingdao Huiquan, China
Merupakan pantai berpasir paling besar di Asia, pantai ini terletak di Huiquan Bay di Qingdao, Wilayah Shandong. Ia terkenal dengan air yang jernih, ombak yang tidak begitu kuat dan pasir lembut. Pada musim sejuk, pantai ini turut dikunjungi oleh mereka yang gemar berenang.


Stesyen Subway Paling Sesak – Moscow, Rusia



Negara Paling Sesak Di Eropah – England
Jumlah penduduk di England telah mengalahkan populasi kepadatan di Belanda yang sebelum ini terkenal sebagai negara paling berkepadatan tinggi di benua Eropah. Jumlah ini disumbangkan oleh peningkatan orang asing di sana, menjadikan kepadatan 395 orang per kilometer persegi.


Sumber Maklumat : Email forwarding
Sumber Gambar : Google

3 comments:

Eqmal said...

huh takkan ku jejakkan kaki ku disitu,,

Syukri Mohtar said...

baik nasib malaysia belum sesak camni lagi..

saya_arief said...

yang kolam tu kan, macm mane nak gerak n mandi2 tu.
adess.