Search This Blog

Wednesday, May 6, 2009

Daddy...sex tu ape???

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada
daddynya,

' Daddy.daddy....sex tu apa, daddy..?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman
sekarang
yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang
masih

kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat
dibincangkan,

mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya
takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan
bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak,
hujan
serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi
dalam
kandungan.
Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah
percintaan

antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah
kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu.
Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?' Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga
menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni
pendek.
Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!' Kata si anak lantas menyerahkan
buku
latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.....


NAME : ............ ......... ......... ....
SCHOOL : ............ ......... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... ....
SEX :........... ......... ......... .....

No comments: