Semua post dan artikel di dalam blog ini diambil dari pelbagai sumber.Sekadar perkongsian.
Search This Blog
Monday, May 11, 2009
Utamakan pasangan yg tidak merokok
Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita
yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.
Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai
pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur
yang mencacatkan.
Ini atas beberapa alasan;
1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu
merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga;
isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya
ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu
sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan
kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang
dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi
seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup
utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan
keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik
atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak
rokok yang sentiasa meningkat harganya.
5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok
mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut
merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.
Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam
dan kaum wanita khususnya, menjadikan `merokok' adalah salah satu ciri
yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment