Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam
diri
manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak
tenang.
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.
Orang
seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta
secara
yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang
yang
didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia
memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,
kesenangan,
pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia
tiada
duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
Allah
lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang
abid
tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi
manfaat
pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan
puas
dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau
berapa
banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..
Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau
digunakan
oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan
rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu
sedikit
tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila
hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja
bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak
tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir
mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk
dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah
amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah
kalau
kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana
bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal
hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan
doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia
itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi
letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan
Kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada
bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap
menderita
tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia
jua
akhirnya.
No comments:
Post a Comment