Search This Blog

Thursday, June 4, 2009

Gagal Bertahan Lama Ketika Bersama

KETEGANGAN zakar berlaku akibat pengaliran darah ke ruang otot zakar. Kadang kala kemasukan darah tidak mencukupi menjadikan otot zakar tidak mencapai ketegangan yang dikehendaki.
Keadaan ini dikenali sebagai keciciran darah daripada otot zakar atau ‘venous leakage’. Inilah yang mungkin berlaku kepada anda.

Cara mengepit paha untuk mengekalkan ketegangan seberapa lama yang boleh supaya anda dapat mencapai kepuasan ialah cara yang dapat mengawal darah dalam otot zakar.
Jika anda bergerak sedikit atau mengubah posisi, pengaliran darah akan berkurangan dan zakar akan kendur tanpa sempat menghabiskan persetubuhan.
Cara untuk mengatasi masalah ‘venous leakage’ ialah menggunakan alat penambat zakar seperti cincin zakar atau ‘penile ring’. Ia boleh disarung ke pangkal zakar sewaktu menegang supaya ketegangan dapat dikekalkan.

Ubat untuk melancarkan pengaliran darah dalam zakar seperti viagra, levitra atau cialis berkesan untuk mencapai ketegangan, tetapi ia tidak mengekalkan darah dalam otot zakar dan kemungkinan darah tercicir keluar dari otot.
Jika gagal mengekalkan ketegangan selepas memakainya, anda boleh gunakan dua atau tiga cincin berkenaan.

No comments: