Saiz dan bentuk zakar anda dalam kategori besar dan panjang, oleh itu posisi atau kedudukannya berbeza jika dibandingkan dengan anggota sulit yang berukuran kurang 14sm ketika erek.
Ini kerana, akibat keberatan anggota itu, otot kemut hanya dapat mengampu bahagian pangkalnya supaya ereksi anda dapat bangun ke tahap 75 darjah.
Paling penting ialah kekerasan zakar, kerana untuk melakukan seks penetratif ia perlu keras, padat dan mampu disalurkan ke dalam faraj wanita.Anda mungkin perlu menggunakan pelicin jenis jeli bagi memudahkan ereksi masuk dengan mudah, selain adanya kerjasama daripada pasangan.
Anda juga perlu tahu sekiranya pasangan ‘seriau’ kerana mendapati zakar bersaiz besar serta panjang dan sudah tentu dia rasa cemas menyebabkannya mengemut, seterusnya menyukarkan usaha menyalurkan anggota sulit ke dalam faraj.
Jika pasangan sedar anggota sulit wanita boleh meluas dan mengembang (sedangkan kepala bayi dan badannya sekali boleh keluar melalui faraj), dia akan dapat melakukannya dengan senang dan dalam kawalannya.
Dia perlu melegakan kemutan untuk mengizinkan ereksi anda masuk. Ada segelintir lelaki yang mana sebahagian besar kulit zakar bahagian bawah bercantum dengan kerandut dan ketika ereksi berlaku, zakar akan mengendur kerana tarikan kerandut itu.
Keadaan itu dikenali sebagai ‘Web Scrotum’ dan cara menyelesaikan masalah ialah dengan memotong ‘web’ atau kulit nipis yang mencantumkan bahagian bawah zakar ke kerandut.
No comments:
Post a Comment